Untuk
posting ini, saya ingin membincangkan tentang cara membina hipotesis.
Apa itu
hipotesis
membuat
generalisasi atau tekaan awal yang boleh diuji berdasarkan
beberapa
siri pemerhatian dan inferens.
Kemahiran
membina hipotesis adalah seperti berikut :
1. membuat
pemerhatian yang tepat dan menerangkannya secara terperinci atau
merekodkan pemerhatian dalam bentuk gambar
rajah, jadual dan graf.
2. mentafsir
inferens dan data secara tepat
3. mengenal
pasti pola, ciri-ciri sepunya dan 'trend' dalam maklumat
4. membuat
penerangan tentang pemerhatian , inferens dan data
5. memberi
sebab yang munasabah terhadap setiap hipotesis
6. merancang
dan menjalankan eksperimen untuk setiap hipotesis
7. membanding
dan membeza data yang menyokong dan tidak menyokong sesuatu
hipotesis
8. menyemak
hipotesis dengan dapatan uji kaji
9.
membezakan inferens daripada hipotesis
Bila
dan mengapa perlu membina hipotesis?
1.Hipotesis
dibina sebelum penyiasatan atau eksperimen.
2.Hipotesis
membimbing pelajar dalam menentukan data yang akan dikumpul dalam
eksperimen.
3.Hipotesis
yang boleh diuji membantu pelajar merancang eksperimen, iaitu dalam
merancang prosedur eksperimen, alat
komunikasi yang akan digunakan dan cara
bagaimana menganalisis data.
4.Kemahiran
berfikir secara kritis diterap semasa menentukan perkaitan antara
pembolehubah.
5.Hipotesis
menjadi panduan semasa langkah membuat kesimpulan logikal di akhir
eksperimen
No comments:
Post a Comment