Monday, April 15, 2013

MATLAMAT KURIKULUM SAINS


Apakah matlamat kurikulum Sains sekolah rendah

Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan
teknologi dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Justeru,murid
mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian untuk
mengikuti pelajaran sains di peringkat yang lebih tinggi di samping mengamalkan budaya sains
dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat prihatin, dinamik, progresif,
bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta mengagumi penciptaan alam.
Apakah objektif kurikulum sains sekolah rendah?

Kurikulum Sains untuk sekolah rendah membolehkan murid:

1. Memperoleh pengetahuan asas sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan
   pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian.

2. Memperoleh kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi membantu mereka
    memahami diri sendiri serta alam sekeliling.

3. Menguasai kemahiran berfikir dan strategi berfikir melalui pembelajaran berfikrah.

4. Menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses dan kemahiran manipulatif
    melalui pendekatan inkuiri penemuan.

5. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan
   sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan
   mengkonsepsikan.

No comments:

Post a Comment