Friday, May 3, 2013

CONTOH RPH SAINS


Tarikh       :  18 April 2013                                                  
Masa          : 60 minit
 Hari          : Khamis                                                            
Bil Murid     :  14 Orang                                                                                                         
Kelas        : 4 Maju                                                                                                                                                                                                                            
Tajuk         : Benda Hidup Mempunyai Keperluan Asas
Sub Tajuk : Keperluan Asas Tumbuhan.                   

Objektif :  Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat,
1.    Menyatakan keperluan asas bagi tumbuhan iaitu air, udara dan cahaya matahari.

Pengetahuan Sedia  Ada :  Tumbuhan adalah benda hidup.
Konsep      : Tumbuhan memerlukan air , udara dan cahaya matahari untuk terus 
                    hidup
Bahan        : Lembaran kerja, anak pokok, gambar
Nilai           :    berani, rasional, bekerjasama
Kemahiran : memerhati, mengelas, berkomunikasi, meramal, membuat inferens


Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
5 minit
Guru memberi teka-teki kepada murid.

1. Guru memberi teka-teki kepada murid.
Pada suatu hari, kedai buah-buahan milik Pak Abu terbakar dan semuanya hangus. Namun ada 3 jenis buah-buahan yang terselamat. Cuba teka buah apakah yang terselamat dari kebakaran tersebut? Dan mengapa  ia terselamat ?
2. Guru memita murid menjawab teka teki yang diberi.
3. Guru memberi jawapan kepada murid.
·      Jawapannya:
1. buah cempedak di luar pagar
2. buah keranji di dalam perahu
3. pisang emas dibawa belayar
1. Murid mendengar  teka-teki yang dberikan.
2. Murid cuba menjawab teka teki yang diberi oleh guru.

KPS
Mendengar
Berkomunikasi
Meramal

Nilai Murni
Berani
Rasional
Langkah 1
10 minit
Guru mencungkil imaginasi murid tentang keperluan asas tumbuhan untuk hidup.
· Air
· Udara
Cahaya matahari.
1.   Guru bersoaljawab dengan murid
2.   Guru
menunjukkan dua keping gambar pokok.
·  Pernahkah kamu melihat tumbuhan yang layu?
·  Apakah punca tumbuhan layu?
·  Bagaimanakah tumbuhan dalam gambar 1 hidup dengan subur.
2.Sumbangsaran antara guru dan murid.
1. Murid menjawab soalan guru dengan pengetahuan sedia ada murid.
2.Sumbangsaran antara murid dan guru.

BBM
Kad gambar
KPS
1.Memerhati
2.Mendengar

Nilai Murni
Berani

Langkah 2
10 minit

Mengenal pasti keperluan asas tumbuhan.
1.  Guru menyakan soalan kepada murid.
·     Adakah tumbuhan memerlukan makanan?
·     Adakah keperluan asas tumbuhan sama dengan keperluan asas manusia dan haiwan?
·     Apakah keperluan asas bagi tumbuhan?
2. Guru mengedarkan lembaran kerja 1 dan 2.
3. Guru memintan murid menjawab lembaran kerja yang diberikan.
4. Guru mengutip semula lembaran kerja.
1. Murid menjawab soalan guru
 2. Murid menjawab lembaran kerja yang diberi.
3. Murid menghantar semula lembaran kerja kepada guru.
BBM
Lembaran kerja 1 dan 2
Langkah 3
15
Penjelasan lanjut tentang pelajaran
1.   Guru menyediakan 4 pasu tumbuhan daripada  pembelajaran yang lepas.
Anak benih A
Tidak disiram dengan air
Anak benih B
Ditutup dengan plastik
Anak benih C
Diletakkan di dalam kotak
Anak benih D
Disiram dan di letakkan di tepi tinggkap.
2. Berdasarkan situasi tumbuhan, murid di minta menjawab soalan   pada lembaran kerja yang disediakan mengikut kumpulan yang diberikan.
3. Guru bersoaljawab dengan murid.
· Bolehkah anak di pasu A hidup dengan subur.
· Adakah anak benih di pasu B hidup dengan subur?
· Adakah anak benih di pasu C hidup dengan subur?
· Adakah anak benih di pasu D hidup dengan subur?
· Berikan inferens kamu mengapa anak benih di pasu A, B dan C tidak hidup dengan subur ?
· Berikan inferens kamu mengapa anak benih di pasu D  hidup dengan subur ?
1. Murid memerhatikan pasu yang telah dilakukan pada pembelajaran yang lepas.
2. Murid melakarkan situasi tumbuhan pada lembaran kerja yang diberikan oleh guru.
 3. Murid menjawab soalan guru berdasarkan hasil penyiasatan terhadap pasu A, B, C dan D secara berkumpulan.
3. Murid membuat inferens berdasarkan penyiasatan.
KPS
Meramal
Membuat inferens
Memerhati

BBM
Lembaran kerja
Pasu A, B, C dan D


Nilai Murni
Berani
Bekerjasama
Mencintai alam sekitar
Penutup
5 minit
Air, udara,  dan cahaya matahari sangat penting untuk tumbuhan.
1.  Guru mengimbas kembali tentang tajuk.
2. Guru membuat rumusan tentang tajuk pelaran kepada murid .
3. Guru memberi latihan kepada murid.

1.  Murid  mendengar penerangan guru.
2. Murid melakukan latihan di rumah.
BBM
Buku Aktiviti Sains Tahun 4.


Refleksi :


No comments:

Post a Comment