Saturday, May 4, 2013

Kemahiran Memerhati



Kemahiran Memerhati
Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian atau semua deria. Boleh dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif. Pengetahuan konsep diperlukan dalam pemilihan dan penaksiran pemerhatian yang dibuat.
Pemerhatian boleh dibahagikan kepada tiga:

1.       Pemerhatian kualitatif melibatkan deria sahaja. Pemerhatian ini direkodkan  
       sebelum, semasa dan  selepas aktiviti dilaksanakan. Pemerhatian berdasarkan ke  
       atas  ciri-ciri dan sifat-sifat objek atau  fenomena seperti warna, tekstur, bau,  
       bentuk, berat, isipadu atau suhu.

2.        Pemerhatian kuantitatif melibatkan pengumpulan maklumat yang lebih tepat  
        dengan menggunakan instrumen untuk mengukur atau menyukat.

3.       Pemerhatian perubahan pula memerhati perubahan yang berlaku khasnya berkaitan  
      dengan fenomena yang mengalami perubahan fizikal atau kimia. Perubahan ini boleh  
      diperhatikan secara  kualitatif dan kuantitatif.

Petunjuk memerhati
  • ·         Menggunakan deria rasa, penglihatan, bau, pendengaran dan sentuhan
  • ·         Mengenal pasti ciri dan kualiti sesuatu konsep
  • ·         Mengenal ciri-ciri yang ganjil atau yang mempunyai kelainan
  • ·         Memerihalkan perbezaan dan persamaan yang dikesani
  • ·         Memperihal akan perubahan yang berlaku
  • ·         Mengenal pasti tertib kejadian yang berlaku
  • ·         Menggunakan alat bagi membantu deria untuk membuat kajian terperinci


No comments:

Post a Comment