Wednesday, May 8, 2013

Contoh RPH Sains Kontruktivisme


Tarikh       : 25 Oktober 2012                                      
Masa          : 60 minit 
 Hari          : Khamis                                                          
Bil Murid   :  22 Orang            
 Kelas        : 4 Maju              
M/ Pel       : Sains                                                                                
Tajuk        : Benda Hidup Mempunyai Keperluan Asas
Sub Tajuk : Keperluan Asas Manusia                

Objektif :  Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat,
1.    Mengenal pasti keperluan asas bagi manusia.

Pengetahuan Sedia  Ada :  Murid-murid telah mempelajari tentang manusia semasa
                                           Tahun 3.
Konsep : Manusia memerlukan makanan, minuman, udara dan tempat berlindung.
Bahan  :
Nilai      :
Kemahiran : mengeksperimen, mengelas, berkomunikasi,


Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
Keperluan asas manusia
1. Guru menunjukkan beberapa contoh makanan di hadapan kelas.
2. Guru bersoal jawab dengan murid.
·      Apakah yang kamu dapat perhatikan?
3.  Guru melakonkan  situasi gaya seseorang sedang kelaparan.
4. Guru bersoal jawab dengan murid
·  Apakah yang sedang berlaku kepada cikgu?
·  Apakah yang  perlu cikgu lakukan supaya tidak kelaparan?
·  Kenapa cikgu  perlu makan?
·  Sekiranya kita tidak makan, apakah yang akan terjadi kepada kita?


1. murid memerhati makanan yang ditunjukan oleh guru.
2. murid menjawab soalan guru.
3. Murid memerhati situasi lakonan guru.
4. murid menjawab soalan guru berkaitan lakonan guru.

·  Sakit perut kerana lapar.
·  Makan nasi dan minum air
·  Supaya tidak lemah dan  sakit.
·  Akan meninggal dunia , kurus dan sakit.

BBM
 Botol minuman yang berisi air,  Sebungkus Mee

KPS
Memerhati
Meramal

Nilai Murni
Berani
Bekerjasama
Langkah 1

Mengenal pasti keperluan asas manusia.
·      makanan
·      air
·      udara
·      tempat tinggal

1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberi satu tajuk berkenaan topik.
Kumpulan 1
·  Berikan kesan atau akibat jika manusia tidak mendapat makanan secukupnya.
Kumpulan 2
·  Berikan kesan jika manusia tidak mendapat minuman secukupnya.
Kumpulan 3
·  Berikan kesan jika manusia tidak mendapat  udara yang bersih.
Kumpulan 4
Berikan kesan jika manusia tidak mempunyai tempat tinggal yang sesuai.
3. Guru meminta wakil setiap kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas.
4. Guru berbincang dengan murid tentang hasil pembentangan.
1. Murid bergerak ke dalam kumpulan masing-masing.
2. Murid berbincang tentang soalan yang diberi oleh guru di dalam kumpulan.
3. Seorang dari setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan.
4. Murid mendengar dengan teliti hasil perbincangan mereka.
5.Sumbangsaran antara guru dan murid.
KPS
Berkomunikasi
Mentafsir maklumat
Meramal

Nilai Murni
Bekerjasama
Berani
Langkah 2
Penjelasan lanjut tentang pelajaran
1. Guru menayangkan tayangan berkenaan tajuk menggunakan CD interaktif.
2. Guru meminta murid menjawab soalan yang dipamerkan.
·      Soalan berbentuk interaktif. Murid memilih jawapan yang betul berdasarkan jawapan yang telah diberi.
3.Sumbangsaran di antara guru dan murid.
1. Murid memerhati tayangan LCD.
2. Murid menjawab soalan yang diberikan melalui CD interaktif yang dipaparkan.
3.Sumbangsaran antara murid dan guru.


Langkah 3

Mengenal pasti keperluan asas manusia.
·      makanan
·      air
·      udara
·      tempat tinggal

1. Guru mengedarkan lembaran kerja.
2. Guru meminta murid membuat lembaran kerja.
3. Guru mengumpul semula lembaran kerja yang diberi.
 
1. Murid menjawab lembaran kerja yang diberi.
2. Murid menghantar lembaran kerja yang diberi oleh guru.
BBM
Lembaran kerja

KPS
Mengelas.
Penutup
Tayangan video pendek yang berkaitan dengan tajuk.
1. Guru menayangkan tayangan video pendek tentang manusia yang tidak mendapat makanan yang secukupnya.
2. Guru meminta murid membuat kesimpulan tentang tajuk pelajaran.
1. Murid memerhatikan tayangan video pendek.
2. Murid memberikan kesimpulan tentang tajuk pelajaran.
3.Sumbangsaran antara murid dan guru.
KPS
Memerhati
Membuat kesimpulan

BBM
Video pendek

Nilai Murni
Bersyukur
Berani

Refleksi :