Apakah matlamat
kurikulum Sains sekolah rendah
Kurikulum Sains sekolah rendah
bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan
teknologi dan memberi asas
pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Justeru,murid
mempunyai landasan untuk
mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian untuk
mengikuti pelajaran sains di
peringkat yang lebih tinggi di samping mengamalkan budaya sains
dan teknologi ke arah pembentukan
masyarakat bersifat prihatin, dinamik, progresif,
bertanggungjawab terhadap alam
sekeliling serta mengagumi penciptaan alam.
Apakah objektif kurikulum sains
sekolah rendah?
Kurikulum Sains untuk
sekolah rendah membolehkan murid:
1. Memperoleh pengetahuan asas
sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan
pengetahuan ini dengan fenomena
alam semula jadi dan pengalaman harian.
2. Memperoleh kefahaman tentang
fakta dan konsep sains bagi membantu mereka
memahami diri sendiri serta alam
sekeliling.
3. Menguasai kemahiran berfikir dan
strategi berfikir melalui pembelajaran berfikrah.
4. Menguasai kemahiran saintifik
iaitu kemahiran proses dan kemahiran manipulatif
melalui pendekatan inkuiri
penemuan.
5. Mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan
sikap saintifik dan nilai murni
dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan
mengkonsepsikan.